Kini - Jadilah Yang Pertama

Sunday, November 30, 2008

Dengan lafaz penuh kesyukuran, dengan ini aku merasmikan blog peribadi terkini berasaskan domain dot com yang menggunakan platform Wordpress.


Marilah kita beramai-ramai ke sana. Dan rebut peluang untuk blog kau menjadi antara 6 blog yang bertuah menjadi pilihan aku di dalam "Blog Minggu Ini".

Apa lagi. Lekas ke sana. Jangan terlepas peluang yang sangat bermakna ini.

Blog Baru | Masalah Baru

Tuesday, November 25, 2008

Dua tahun aku bersama dengan blogspot. Dan dua tahun ni lah aku belajar macam-macam pasal blogspot.

Sekarang ni aku dah guna wordpress. Makanya, aku perlu belajar benda baru pula.

Buat pengetahuan semua, aku telah membuat pandu uji ke atas blog tersebut. Dan entah macam mana, 2 entri awal tersebut telah lesap. Sengal tol aku ni.

Ok, takpe. Kita lupa kan kejap. Jadi, bagaimana? Sudah ada yang dapat memecah masuk blog terbaru tu? Kalau sudah ada yang dapat. Bagus lah. Bagi yang belum, takpe. Tunggu dengan sabar. Ada lagi 6 hari kan. Dan untuk setiap hari ni, aku akan update entri-entri terbaru di blog tersebut. Dan sentiasa bersedia kerana di blog tersebut telah pun aku lancarkan sebuah pertandingan. Untuk mengurangkan tekanan, aku berikan sedikit info pasal pertandingan tersebut. Ok?

Aku namakan pertandingan tu sebagai, err, sebenarnya takde nama lagi. Tak terfikir pun. Tapi, cara permainannya, aku nak cari si tukang komen ke-9. Ada 6 entri. Jadi, aku nak 6 pememang. dan hadiahnya? Takdelah mewah sangat. Aku akan berikan satu ruang khas untuk 6 orang pemenang ni di ruang "Blog Minggu Ini". Kira macam pengiklanan percuma lah.

Ok. Kalau tidak sabar sangat untuk menyertai pertandingan ni, lekas-lekaslah mencuba-cuba sebarang kata kunci untuk masuk ke blog terbaru tu.

Jumpa di sana.

Memecah Masuk Blog Baru

Monday, November 24, 2008

Kebanyakan kenalan blogger telah dapat mengenalpasti bahawa aku akan beralih arah dan mengubah angin ke blog yang baru berdomainkan dot com.

Ada beberapa dari mereka yang aku telah berikan link ke blog tersebut. Ada juga yang cuba-cuba meneka alamat blog tersebut.

Percayalah. Nama blog tersebut adalah sangat mudah untuk diteka. Apa yang perlu kau buat adalah membuat sedikit kajian di blog ini dan blog KedaiMagik.

Bagi yang ingin bermain-main atau mencuba-cuba mencari blog terbaru aku tu, dipersilakan. Tiada halangan.

Dan, sebagai penghargaan, aku akan buat review khas dan memasukkan blog kau dalam ruangan "Blog Minggu Ini" selama seminggu. Huhuhu. Kira macam pengiklanan lah.

Mahu? Apa lagi. Cuba lah godeh-godeh dan cari domain name bagi blog terbaru aku tu.

Preview - Jadilah Yang Pertama

Friday, November 21, 2008

Kalau kau ada singgah ke blog KedaiMagik, tentu kau akan dapat faham apa yang aku cuba sampaikan.

Apa-apa pun, tunggu saja perasmian pada 1 Disember 2008.

Tapi, untuk mengurangkan [atau sebenarnya menambahkan] rasa cemas dan ingin tahu kau semua, aku paparkan screen shot di bawah.


Pandai-pandailah buat tekaan dan kalau lagi pandai, cubalah cari di mana ia berada.

Pakar Komen Terhanget

Tuesday, November 18, 2008

Mari! Mari! Mari!

Rapat! Rapat! Rapat!

Jangan malu! Jangan segan!

Yang jauh mari dekat!

Yang dekat mari rapat!

Ini bukan ubat kuat!

Ini bukan pil sembelit!

Ini adalah X-Po Shop!

Gerbang Bisnes Anda!
Begitulah antara suasana yang boleh kau perhatikan bila kau ke X-Po Shop. Meriah dengan pelbagai jualan barang yang mudah dibeli. Lebih banyak pilihan.

Ha! Adik mari sini. Adik nak mainan apa? Macam-macam ada. Kapal ada, catur pun ada. Pilih saja!
Ha! Abang nak apa bang? Nak handphone? Nak Ipod? Semua ada!
Akak yang kat situ tu! Taknak singgah dulu ke? Ada perencah laksa Sarawak kak. Boleh pikat cik abang di rumah. Ada kain cantik-cantik. Boleh pakai buat bertandang ke rumah mertua.
Banyak sungguh pilihan yang boleh kau buat di X-Po Shop. Bukan sahaja barangan fizikal yang dijual, malahan ada juga pilihan lain seperti idea menjana pendapatan.

Terkini, X-Po Shop telah melancarkan satu pertandingan yang diberi nama "Contest Pakar Komen Terhanget"


Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori
  1. Mencari pakar komen yang terbanyak
  2. Mencari pakar review post terhanget
Untuk mendapatkan keterangan lanjut, bolehlah kau ke X-Po Shop. Dan mulalah mengejar para pengomen di sana. Berhati-hati ketika memberi komen dan pastikan komen kau melebihi 10 patah perkataan. Dan jika berjaya, kau bakal membawa pulang sejumlah wang tunai bernilai RM50.00 dan sebuah bonus yang dirahsiakan serta blog kau akan dipromot secara percuma oleh admin X-Po Shop.

Sehingga sekarang, aku telah memberikan kurang dari 10 komen. Bukan tidak mahu komen banyak-banyak. Tapi, aku mengambil langkah untuk memberi komen secara konsisten. Mungkin kau akan mabuk sekejap sebab sehingga entri ni disiapkan, telah sebanyak 391 komen dibuat. Bilangan yang agak banyak. Tapi, hey! Jangan cepat mengaku kalah. Kejayaan itu bermula dari langkah pertama diambil.

Apa-apa pun, selamat bertanding aku ucapkan kepada semua yang menyertai.


Hari Tanpa Entri

Hari ni aku istiharkan kepada diri aku sebagai Hari Tanpa Entri.

Jumpa lagi esok.

[Eh! Ni kira entri juga kan?]

Hari Berjalan Sakan

Sunday, November 16, 2008

Fuh! Aku sangat penat ok! Ni kira antara pengalaman mengarut aku. Tapi, takdelah mengarut sangat. Cuba banyak benda yang berlaku.

Ok, aku nak mula cerita dari rumah. Aku bangun awal sebab taknak terlambat sampai kat Cinelesuire tu. Jadi, pada perkiraan aku, 2 jam tu dah mencukupi. Dari Shah Alam aku naik teksi pergi Stesen Komuter Batu 3. [RM6.00]. Sampai je kat stesen tu Komuter telah pun melepaskan dirinya. Jadi, terpaksalah aku tunggu komuter yang berikutnye ke KL Sentral [RM2.10].

Komuter sampai dalam pukul 8.50 pagi. Bila sampai je kat KL Sentral sekitar pukul 9.20, aku terus beli tiket Putra LRT ke Kelana Jaya [RM2.10].

[Sepanjang perjalanan ni tiada apa yang menarik perhatian aku kerana dalam kepala otak aku nak sampai awal je.]

Sampai je kat Hub Rapid KL Kelana Jaya, aku terus cari bas U89. Tapi, takde. Jadi, menunggulah kejap. Jam kat tangan dah menunjukkan pukul 9.30. Rasa macam dah lambat je. Tiba-tiba...

[Suspen ke? Tak kot.]

Bas U89 melintas depan aku. Meninggalkan Hub Rapid KL. Rupanya bas tu menyorok. Aku pun tak perasan. Macam mana ni. Nanti kang kelambatan pula aku.

Jalan terakhir. Aku gagahkan juga naik teksi yang aku tau mesti maut punya aku kena ketuk [RM15.00].

Sampai je kat Cinelesuire tu, terus aku pusing-pusing cari panggung wayang. Huwa! Aku sesat. Hampeh tol!

Lepas 15 minit aku berpusing-pusing, jumpa juga aku dengan kaunter Youthsays untuk mengambil tiket menonton Quarantine.

[Baca Review Aku di KedaiMagik]

Semasa menoton, aku berkenalan dengan Bok. Dia ni kira macam Eksekutif Jualan kot di JobDB. Kalau kau seorang graduan menganggur dan ingin mencari kerja, JobDB adalah alternatif kepada Jobstreet.

Kami makan berdua di Waroeng Penyet [Warong Penyek]. Sebuah restoran makanan Indonesia. Tidak meghampakan dan aku suka dengan konsep restoran ni. Dan aku memilih Ayam Penyet dan Nasi bersama Limau Ais.

Usai makan, kami berpisah dan aku meneruskan aktiviti berpeleseran aku di sekitar The Curve dan Cinelesuire.

Bosan punya pasal campur takde apa yang menarik, aku pun blah lah. Kali ni, aku balik dengan Bas Shuttle Ikano [Percuma].

Dan mungkin kerana balasan menaiki bas Ikano secara percuma tanpa membeli apa-apa di Ikano, maka aku ditimpa musibah. Tapi, bukan direct kena kat aku lah. Sampai je aku di KL Sentral selepas menaiki Putra LRT dari Kelana Jaya [RM2.10], aku perhatikan ramai orang beratur di kaunter tiket Komuter. Aku ingatkan mesin beli tiket komuter rosak, jadi ramai yang membeli di kaunter. Rupa-rupanya Komuter ke semua arah tergendala operasinya. Aduhai.

Maka, bermulalah episod kelesuan. Aku dengan yakinnya pulang ke Shah Alam dengan Bas RapidKL. U80 boleh dinaiki dari KL Sentral atau Pasar Seni untuk ke Shah Alam [RM2.00]. Dan sila turun di depan PKNS ye. Aku boleh pula silap turun. Dah terpaksa tunggu bas yang lain [T601] untuk ke PKNS [RM1.00].

Dan inilah yang menghanginkan aku. Berjanggut aku tunggu. Bas yang diharapkan tak kunjung tiba. Lebih dari 1 jam aku menunggu. Bas T605 tu aku rasa memang ada sebiji je lah. Aduhai. Tolonglah RapidKL. Tambahkan lagi 1 atau 2 bas.

Akhirnya, bas yang ditunggu tiba juga. Bila dah naik [guna semula tiket RM1.00], aku tak terus duduk sebab aku tau mesti ramai yang nak naik nak nanti sesak. Jadi, aku siap-siap berdiri di tangga belakang. Nak keluar nanti senang.

Sampai je kat rumah, terus cas H/P aku. Oh! H/P aku mengalami masalah bateri yang agak serius walaupun ada 2 bateri tetap tak cukup untuk bertahan selama 1 hari. Dan bermulalah aktiviti memujuk. Hehehe. Merayap lagi. Kan dah ada yang merajuk.

Ok lah. Sedikit entri yang panjang. Jangan bosan membaca pula tau.

[Gambar aku upload esok. Tak sempat]

Petua Dan Teknik Berbadan Sasa

Wednesday, November 12, 2008

Ingin memiliki badan yang sasa dan menawan? Tak perlu ke gym atau membuat senaman berat. Anda mampu memiliki badan yang sasa dengan mudah dan tidak memenatkan. Hanya perlu mengeluarkan sedikit belanja.

TAG Lagi. Dari Khai

Monday, November 10, 2008

Aku kena tag lagi. Kali ni dari Khai.

Pada aku TAG ini bukan sesuatu yang menyusahkan. Tapi, aku percaya TAg oleh menjadi suatu alat untuk menjalinkan ukhwah, mengenal rakan kita dengan lebih mendalam dan meningkatkan trafik. Hm, trafik lagi. Oklah, sebenarnya aku kena nak TAG ni dari Azizwan dulu. Tapi, dia tuju kat KedaiMagik. Sementara Khai tuju ke PakciQue.TK

Tanpa melengah masa, mari membaca TAG yang paling panjang pernah aku terima.

1. What is the relationship of you and him/her?
Tunang.
2. Your 5 impressions towards him/her.
Banyak mulut [Tapi, aku lagi banyak]
Kuat bebel [Tapi, aku lagi kuat]
Pandai memasak [Tapi, aku lagi pandai]
Pandai menyanyi [Tapi, aku pandai menyumbangkan suara]
Kuat merajuk [Tapi, aku pandai memujuk]
3. The most memorable things he/she had done for you.
Terlalu banyak perkara yang dia sanggup buat untuk aku yang aku anggap sebagai satu bentuk pengorbanan untuk mengekalkan dan mempertahankan hubungan kami. Tak terbalas apa saja yang dia sanggup lakukan untuk melihat aku tersenyum dan gembira setiap hari.
4. The most memorable things he/she have said to you?
Banyak sangat. Antaranya, "Bila nak beli rumah?", "Nak beli kereta boleh?". Senang cakap apa yang dia cakap buat aku pening kepala. Jahatnya aku ni.
5. If he/she become your lover, you will…
Sudah pun. Tapi, sehingga sekarang hati aku ini cuma ada satu dan cuma untuk dia.
6. If he/she become your enemy, you will…
Menjadi musuh? Sesuatu yang aku sangat-sangat nak elakkan. Namun, hubungan kekeluargaan takkan putus.
7. If he/she become your lover, he/she has to improve on…
Sudah pun. Dan sehingga sekarang dia masih lagi tak pandai nak buat kopi yang sedap macam bibik aku buat. Hehehe.
8. If he/she become your enemy, the reason is…
Aku akan letakkan kesalahan tu kat bahu aku. Kalau aku sayang dia, aku akan lakukan apa saja untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Tapi, kalau tak berjaya, maksudnya aku gagal mempertahankannya.
9. The most desirable thing to do on him/her is?
Aku ingat nak ajak dia gi main bungee jumping. Tapi, aku sendiri pun takut. Tapi, yang pasti aku akan tetap menggembirakannya dia walaupun aku selalu buat dia menangis.
10. The overall impression of him/her is…
Dia seorang yang sangat pandai bawa diri. Aku bawa pergi rumah sedara-sedara aku, dia tak kekok. Dan semua orang selesa dengan dia. Bila hari raya hari tu, aku tak bawa dia gi balik kampung sama-sama, semua orang bertanya. Keluarga aku pun sayang kan dia bukan setakat sayangkan menantu, tapi dah macam sayangkan anak sendiri. Akhirnya anak sendiri yang macam anak pungut. Hehehe.
11. How do you think the people around you will feel about you?
Aku tak tahu. Tapi, kebanyakan mereka memang selesa berkawan dengan aku. Cuma mungkin mereka pun ada rasa aku ni menjengkelkan dengan sifat kebudak-budakkan, lawak merapu dan mengarut serta mulut lazer. Zassst. Tapi, kalau orang tak kenal aku, akan cakap aku ni jenis sombong. Aku pun tak tau.
12. The character of you for yourself is?
Aku memang seorang yang happy go lucky. Sampai kadang-kadang aku tak fikir apa-apa pun pasal kehidupan. Aku tak boleh survive dalam kehidupan. Tapi, aku boleh survive kalau nak berlibur. Orang dan tunang aku sendiri pun masih pelik bila aku boleh layan wayang dan karaoke jamban sorang-sorang.
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Macam yang aku bagitahu, aku tak boleh survive dalam kehidupan. Aku pun tak tau. Aku juga tak pandai sorok perasaan. Maksudnya, kalau aku marah, tak perlu aku menjerit-jerit atau maki-maki. Orang boleh nampak dari air muka aku dengan jelas.
14. The most ideal person that you wanna be is?
Jawapan cliche. Aku nak jadi diri aku. Tapi, bila sebut wannabe, tentu saja aku ingin menjadi seperti Cyrill Takayama. Seorang ahli magik Jepun kelahiran Amerika yang sangat berjaya. Oh, bila kita boleh bertemu.
15. For the people who care about and like you, say something about them.
Pertama sekali kepada keluarga. Mereka semua adalah tulang belakang kepada kehidupan aku. Aku masih lagi bergantung harap pada mereka.
Kepada tunang tersayang. Hati ini hanya untukmu seorang.
Kawan-kawan, rakan-rakan dan para sahabat. Memberi harapan dan membakar semangat.
Pengunjung blog. Terima kasih banyak-banyak atas kunjungan kau semua. Jangan lupa komen ok.
16. Ten people to tag:
Mereka semua ni tidak aku kenali secara zahir. Aku kenal-kenal bila aku masuk blog mereka sempena Pertandingan Madagascar dulu. Sekarang ni, aku akan paksa mereka masuk blog aku sekali lagi dengan cara TAG. Mereka yang bertuah ialah.
01. Diana-K
02. Ilyanie
03. Zamimie
04. Zairi
05. Daela
06. Roshaizul
07. Wawa
08. Kojah
09. Ad3ck
10. Ayu
17. Who is no. 2 having a relationship with?
Entah. Tak tau la pula. Gi lah tanya sendiri. Tuan punya badan, sila jawab ye.
18. Is no. 3 a male or a female?
Female. Ada nama gelaran Mieoney. Apa tah maksudnya.
19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Mereka rakan blog. Jadi baik lah kan.
20. How about no. 5 and 8?
Mereka juga rakan blog. Sangat-sangat baik.
21. What is no. 1 studying about?
Final year, final sem Course : Engineering majoring in Mechatronics and minor in BBA Siblings. Hehehe.
22. Is no. 4 single?
Kena tanya tuan punya badan. Sila jawab wahai empunya badan.
23. Say something about no. 6
Seronok baca blog kau.

Baiklah. Kepada yang dah kena TAG, sila jawab ok. Jangan mengelat.

Pra-Pertunjukan Magik

Sebenarnya aku sedikit keliru, sama ada nak cerita di sini atau nak cerita di KedaiMagik. Ini cerita peribadi. Tapi ini cerita magik. Jadi, akhirnya aku ambil keputusan untuk buat dalam 2 siri. Satu di sini dan satu lagi di KedaiMagik.

Dekat sini lebih kepada perjalanan aku dari rumah nak ke tempat magik tersebut dan aktiviti aku selepas itu. Di KedaiMagik nanti, kau boleh dapat maklumat terperinci tentang magik apa yang aku buat.

Perjalanan dari rumah ke bangunan pejabat tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam dengan menaiki teksi, komuter dan lrt Putra. Inilah kenderaan-kenderaan rasmi aku.

Aku sesat dalam Suria KLCC mencari jalan ke Aquaria kerana bangunan tersebut betul-betul berada di depan pintu masuk Aquaria. Aku hanya mengikut arah tuju sepasukan budak-budak sekolah. Kerana aku yakin mereka hendak ke Aquaria.

Sampai je kat bangunan tu, aku perlu tinggalkan lesen aku untuk dapatkan pas akses. Pas akses tu lebih kurang macam kad 'touch n go' yang perlu kau sentuh bila kau nak melepasi palang lrt Putra. Dapat bayangkan tak?

Tingkat 29. Tinggi tu. Tapi, lif tak laju. Lambat betul nak sampai!

Sampai je kat dalam bangunan tu, aku dibawa masuk ke bilik mesyuarat. Sedikit briefing diberikan. Mereka tidak akan membayar untuk persembahan tersebut. Ya, itu aku telah tahui dan dimaklumkan lebih awal. Tapi, mereka akan memberikan aku peluang untuk mempromosikan perkhidmatan magik aku secara percuma.
  • Diberi warna kuning pada ruangan iklan aku di 88DB.com yang bermaksud iklan aku akan berada di bahagian paling atas.
  • Diberi 'feature' di bahagian frontpage web. Maksudnya iklan aku adalah iklan yang dicadangkan/disarankan.
  • Membuat pemasaran di pameran kerjaya nanti.
Mula-mula hanya 2 orang sahaja yang akan menonton persembahan aku. Terlalu sedikit berbanding dengan yang aku jangkakan. Kemudian, aku tanya jika ada siapa-siapa yang ingin menonton lagi. Lalu dia memanggil semua orang yang ada. Aku rasa ada hampir 20 orang yang datang menonton. Alamak. Terlebih sudah. Terus lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir berkumandang sebagai muzik latar. Huhuhu.

Aku boleh katakan persembahan aku pada hari Sabtu tempoh hari adalah persembahan yang terbaik. Aku mendapat tepukan yang gemuruh dan yang paling penting kerjasama dan sikap sporting para penonton tersebut.

Balik je dari pejabat tersebut, aku terus pergi TGV. Layan James Bond 'Quantum of Solace' lah apa lagi.

Lepas layan wayang, aku layan KFC kat KL Sentaral. Lalu mencuba HotRod. Hm, tak sedap mana pun. Tak terasa nak menari-nari pun.


Hari Yang Sedikit Penat

Friday, November 07, 2008

Hari ni ada morning briefing selepas lama dah tak buat. Lepas ni, buat seminggu sekali saja. Dan setiap minggu, akan ada yang bawa potluck. Tada makan mee goreng dan kuih muih. Untung aku tak ambil sarapan [eh, bukan aku memang tak pernah bersarapan ke?]


Hari ni takde cerita apa sangat. Esok aku akan ada satu temujanji dengan pihak 88DB. 88DB adalah sebuah portal pengiklanan percuma untuk kau pasarkan atau jual apa sahaja. Dan tujuan aku ke sana adalah untuk pra-pertunjukkan magik.

Sebenarnya mereka akan membuat satu pameran atau festival sekitar bulan Januari nanti. Dan mereka menjemput aku untuk mengadakan persembahan di sana nanti.

Sebab namanya pun pra-pertunjukkan. Jadi, aku hanya bercadang untuk membuat persembahan magik kad sahaja. Ada lebih kurang 7 trik yang akan aku persembahkan. Huhuhu. Sedikit gementar juga ni.

Apa-apa pun, tunggu nanti entri pada hari Isnin. Cuma aku sedang berfikiran sama ada nak catatkan di PakciQue.TK atau di KedaiMagik.

Kau rasa?

Panduan Penjagaan Bayi

Tuesday, November 04, 2008

Untuk renungan bersama. Kepada yang bakal mendirikan rumahtangga. Yang bakal bergelar ibu dan ayah atau yang baru saja menimang cahaya mata.


Harap panduan ni berguna kepada semua. Sambil-sambil menuntut ilmu, kita bergelak ketawa sekali. Ok.


Akulah Superman

Monday, November 03, 2008

Keputusan:
Anda adalah Superman
























Superman
75%
The Flash
55%
Supergirl
55%
Green Lantern
55%
Robin
55%
Catwoman
40%
Iron Man
40%
Spider-Man
35%
Wonder Woman
30%
Batman
25%
Hulk
15%
You are mild-mannered, good,
strong and you love to help others.


Klik Sini Untuk Membuat Kuiz "Which Superhero am I?" ...


Aku ingat dulu ketika berusia sekitar 6/7 tahun, aku suka memakai spender di luar dan mengikat tuala dileher. [Ops! Main di dalam rumah saja eh.]

Tapi, aku rasa filem Iron Man lebih besh dari filem Superman. Kan?

Mari Berhujung Minggu

Hm, lama betul nak update entri yang terkini. Semuanya sebab tak tau nak letak tajuk apa. Boleh?

Hujung minggu aku yang sangat menarik. Dah lama tak rasa begini.

Hari Sabtu, lepas makan tengah hari. Aku berjalan-jalan di Giant. Takde apa-apa perancangan selain cucuk duit untuk bayar sewa rumah. Balik je kat rumah. Bum. Terus layan tidur.

Petang tu, hosmet aku ajak aku pergi ke rumah ayah angkat kami. Di Kuala Selangor. Ada kenduri katanya. Aku ingatkan kenduri doa selamat atau kenduri tahlil. Rupanya kenduri kahwin. Yeye je aku nak bawa baju melayu.

Jadi, bermulalah perjalanan 2 jam lebih yang memeningkan. Dengan perut lapar, kami tunggu di tepi jalan untuk dijemput oleh ayah.

Ha! Aktiviti wajib. Sampai je kat rumah pengantin, terus makan lah. Apa lagi. Dan kegemaran aku yang aku akan makan ikut mood. Sup Gearbox. Wah. Best. Sangat sedap. Kau pernah cuba? [Ops! Jangan salah faham pula. Ni masih pada malam sebelum majlis.

Sambil-sambil tu, kami dijamu dengan sebuah persembahan mengukir buah. Cantik. Pandai brader tu buat. Dia memang dah lama kerja kat hotel.

Lepas berborak-borak. Masa untuk tidur. Apa lagi. Bersepah lah kami tidur di kawasan dapur. Dan aku memang akan susah nak tidur dengan nyenyak kalau kat 'tempat baru'.

Esoknya, bermulalah aktiviti kendarat dan rewang. Oh. Aku fikirkan air kolah di kampung akan sejuk. Sekali sama je rasa macam air shower kat rumah aku. Kurang thrill.

Memang penat. Orang tak putus-putus. Lepas angkat air minum, kena salin air basuh tangan. Tak sempat nak duduk dah kena angkat pinggan-pinggan kotor. Kemudian dengar orang kat bahagian buffet minta ambilkan lauk dari dapur. Fuh. Memang nak tercabut kaki.

Cuaca memang cantik. Panas. Takde tanda-tanda nak hujan. Tapi, bila ada seorang pakcik ni [bukan aku] menyanyi lagu [ada dalam 6 lagu] terus hujan turun. Lebat! Memang sumbang mambang. Tak masuk tempo. Berselerak.

Petang tu dalam pukul 3. Kitorang siap-siap nak balik. Tapi, tak balik juga. Bermula aktiviti mencilok dengan kebenaran segala hasil hutan dan tanaman yang ada. Dari pisang, daun sup sampai ke kelapa. Penuh bonet kereta.

Tak cukup tu. Sebelum balik, kitorang ada singgah kat satu rumah ni. Hm, dah memang macam kampung sendiri. Lepak-lepak di laman. Sambil layan mangga masam dan air kelapa. Mangga tu kait sendiri wei. Sempat juga mencampakkan kail di parit untuk memancing. Tapi bukan aku. Aku bukan kaki pancing.

Dalam kereta. Aku tertidur kejap. Terjaga bila si pemandu nampak macam letih. Tapi tak pula dia minta tukar drive. Takpelah. Aku teman borak.

Sampai rumah. Terus mandi. Takut demam sebab main hujan. Panaskan lauk berkat. Makan ramai-ramai.

Dah kenyang. Terus lah tidur.

Nota lutut kanan: Cerita ni ada sisi gelap. Tapi tak perlulah cerita. Simpan sendiri je.
Nota lutut kiri: Ada gambar. Tapi aku upload kemudian. Ok.