Kerja. Kerja. Kerja

Wednesday, October 29, 2008

Aku baru je habis mesyuarat pekerja bersama pengarah. Macam-macam isu yang dibangkitkan. Dari soal kehadiran, hingga ke soal agihan kerja.

Ternyata. Komik di atas tidak sama gambarannya dengan keadaan kerja di pejabat aku. Bos-bos aku juga ternyata penat bekerja. Banyak perkara yang perlu difikirkan.

Tapi, sebenarnya. Yang duduk senang lenang adalah pekerja peringkat pertengahan. Mereka dengan mudah mengipas. Mengampu. Kan senang sangat kerja tu.

Aku pula. Sedang dalam rangka untuk berhenti kerja. Ya. Aku perlu berhenti kerja untuk mencari dan mendapatkan peluang hidup yang lebih cerah.

Tabiat Buruk Terbaru

Tuesday, October 28, 2008

Tiba-tiba aku perasan. Aku dah mula gemar gigit belakang pen. Apa kes?

Kau ada tabiat buruk? Apa? Meh lah kongsi.

Buruk Tapi Sedap

Aku ingatkan aku seorang je yang buat marathon rumah terbuka. Rupanya ada yang lebih sakan beraya ke rumah terbuka. Bukan setakat buat kat rumah. Kat stadium pun ada juga.

Ok. Apa yang aku nak cerita kali ni adalah mengenai kenalan Fara di pejabatnya. Nama dia Ema. Tapi aku panggil dia Kak Ema.

Dia ni duduk seorang je. Rumah bukan main besar. Rumah peninggalan. Peh. Dan macam Misteri Nusantara. Tapi, tengok cara orangnya. Macam tak kisah dan tak heran. Tak tau le kat dalam.

Ok, lupakan hal tu kejap. Ni nak cerita tentang makan di rumah Kak Ema.

Aku katogerikan Kak Ema ni sebagai seorang yang pandai masak. Hari tu, masa pergi rumah dia, dia masakkan mee goreng dan tempe goreng. Dua-dua sedap. Tapi, kalau kau tengok rupa dia. Hm, boleh hilang selera kau nak makan.

Kalau kau biasa tengok rupa mee goreng mamak. Kau bayangkan mee goreng yang lebih hodoh dari mee goreng mamak. Memang buruk. Aku sengaja kutuk lebih-lebih pasal Kak Ema ni jenis tak reti nak merajuk-rajuk atau simpan rasa. Tapi, kalau kau rasa. Peh! Sedap betul. Aku yang dah kenyang pun, makan sepinggan je. Hehehe. Tapi, banyak tau. Memang penuh perut aku.

Yang tempe goreng tu pun, memang sedap. Tapi, entah kat mana silapnya. Salah tepung agaknya. Rupa dah macam batu kerikil tepi jalan. Nak gigit pun fikir macam keras. Tapi, sedap lah pula.

Rancang lepas beraya kat rumah Kak Ema. Nak pergi tengok wayang. Tapi, wayang kitorang kat rumah Kak Emal lagi hebat dari cerita wayang. Apa lagi. Sesi mengumpat lah! Sedar-sedar dah pukul 10.30. Ada seorang kawan yang konon nak pergi rumah pakcik dia pun, tak sedar diri juga.

Apa-apa pun. Dah lama aku tak duduk borak-borak dengan kawan-kawan aku. Seronok sangat.

Maraton Rumah Terbuka

Thursday, October 23, 2008

Minggu lepas 2 buah.

Hari ni 2 buah.

Esok sebuah.

Pastu balik JB.

Lusa ada lagi sebuah.

Tu je nak bagitahu. Kekeringan idea sebenarnya.

Dan ni adalah hasil Wordle bagi PakciQue.blogspot.com



Blog kau pula camne?

Selamat Ulang Tahun Percintaan Ke-6

Wednesday, October 22, 2008

Sedar tak sedar. Dah 6 tahun hubungan kami ini. 22 Oktober 2008. Dan dalam 6 tahun ni, memang banyak cerita suka, duka, manis, masam yang kami tempuhi. Terlalu banyak kenangan yang perlu aku singkap kalau nak diceritaka satu persatu.

Permulaan cinta kami sangat kelakar. Hasil usikan dan kerja nakal kawan-kawan. Yang cari pasal aku lah. Pandai-pandai minta patung Minnie Mouse yang dijadikan hiasan di kek hari jadi dia. Kan dah jadi bahan gosip.

Aku dan dia. Kami tak punya persamaan. Aku jenis kool. Dia jenis cepat melenting. Aku suka tempat yang crowd. Dia rimas. Aku suka berlibur dan berhibur. Dia lebih suka ber'shoping. Aku kaki wayang. Dia kaki habiskan duit. Hehehe.

Oh. Sebenarnya ada persamaan. Wajah kami. Ramai yang kata muka kami seiras. Macam adik beradik. Sebab tu kot jodoh kuat. Tapi, dari dulu sampai sekarang. Aku tak tau tang mana yang sama tu.

Selepas dirisik, disunting dan diikat. Kini tinggal masa saja nak melangsungkan. Insya-Allah. Dengan berkat doa kawan-kawan dan keluarga. Perhubungan ini akan kekal hingga ke Syurga. Amin.

Dan sempena hari istimewa ni. Aku nak tujukan lagu istimewa dari Kumpulan COCO. Mengintai Langit.





Setiap hariku tulis
Yang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu

Adakah engkau merasa
Apa yang sedang ku rasa
Terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jika ku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Di dalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku

Bernyanyi dan bisikkanlah sayang
Bait kata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Dan tak dapatku lelapkan mata
Mengkhayalkanmu bermimpikanmu
Sepanjang malamku
Kalau perhatikan betul-betul. Tade kaitan pun bait-bait lirik ni dengan kisah aku sekarang. Lagu ni lebih kepada janji seorang lelaki kepada seorang wanita yang dicintai secara diam jika wanita itu membalas cintanya.

Untuk Entri khas yang ditulis oleh si dia. Bolehlah ke KedaiMagik.

Lain Padang Lain Belalang

Tuesday, October 21, 2008


Setiap orang mempunya persepsi yang berbeza tentang perkara yang sama. Itu lumrah. Sesetengah orang menyukai sesetangah benda. Sementara sesetengah yang lain pula tidak menyukai akan sesetengah benda yang disukai oleh sesetegah orang tadi.

Sesetengah keadaan, dapat diterima oleh akal yang waras oleh sesetengah orang. Tapi, tidak bagi sesetengah keadaan yang mungkin akan menimbulkan kemarahan yang amat sangat bagi sesetangh orang tadi.

Situasi yang sama. Topi yang dipakai oleh beberapa lelaki yang berlainan, diduduk oleh seorang lelaki secara tidak sengaja.

Lelaki pertama terkejut bila melihat seorang lelaki duduk di atas topinya. Lalu memarahi lelaki tersebut dengan teruk sekali.

Lelaki yang kedua melihat topinya dengan tidak mempunyai apa-apa perasaan. Malahan bersikap selamba dengan memakai semula topinya yang telah penyek itu.

Lelaki ketiga juga terkejut bila melihat topinya diduduk. Lalu sedih dan menangis apabila topinya telak penyek.

Lelaki keempat pula bersikap selamba dengan menegur bahawa topinya telah diduduk oleh lelaki itu. Lalu mereka bergelak ketawa bersama kerana berasakan yang ia adalah lucu.

Kalau kau, ada topi. Kemudian secara tidak sengaja diduduk oleh seseorang. Apakah yang kau akan tunjukkan di ruangan ketiga?


Pertandingan Madagascar 2 dari RedMummy

Monday, October 20, 2008



Lagi pertandingan yang aku sertai. Kali ini bagi merebut peluang memenangi 10 keping tiket tayangan perdana Madagascar pada 4 November ini di GSC Mid Valley berserta 2 Premium Madagascar Card Torchlights. Pertandingan ini ditaja oleh RedMummy.

Link: RedMummy - Madagascar Escape 2 Africa

Aku tengah berkira-kira siapalah yang aku nak bawa kalau aku dapat 10 keping tiket tu. Dah macam rombongan Cik Kiah pula.

Hari ni merupakan hari terakhir pertandingan tersebut. Aku masuk pada minit-minit terakhir. Mampukah aku memenangi tiket tersebut. Tunggu nanti pengungumannya pada penghujung October ini.

Untuk menyertai pertandingan ni, macam biasa kena jawab soalan lah.

Character Alex - what animal is that?
Alex the Lion

I should be getting the free tickets because errr... I think you give me the tickets first, then I tell you why. Ok?

Wah! Boleh ke jawab camtu? Dibenarkan oleh aku sendiri.

Apa-apa pun, tunggu keputusannya nanti. Ok?



Lagi-lagi Pertandingan di Menteil

Wah. Semakin gila pertandingan nampaknya aku ni. Tapi, masalahnya aku dah terlewat seminggu. Adush. Takpe. Jangan mengaku kalah sudah.

Menteil. Aku ingatkan nama dia. Sekali rupa-rupanya nickname je. Apa tah nama sebenarnya. Aku tak tengok lagi. Aku belum usha-usha pun. Tiba-tibe je terus tersesat ke entri pertandingan Menteil ni.

Kalau tak silap aku Menteil ni adalah bermaksud seorang yang manja atau ngada-ngada. Biasanya seseorang tu digelar menteil tu bila dia terlalu manja dengan orang yang paling dia rapat. Mungkin keluarganya. Atau kekasihnya. Mungkin juga sahabat baiknya sendiri meskipun sama jantina.

Tapi, aku rasa ejaan yang tepat adalah mentel. Tapi, takut huruf E yang kedua disebut sama seperti sebutan E dalam 'Emak', bukan E dalam 'Ekor'. Nanti dekat-dekat dengan bunyi 'mental' pula.

Tapi, aku rasa Menteil ni seorang yang manja lagi mental. Jadi, kedua-dua bunyi bagi ejaan yang sama [mentel] tetap menggambarkan orang yang sama.

Ok. Berganjak ke entri beliau. Aku rasa blog Menteil lebih kurang macam blog aku. Rojak. Ada cerita padal kehidupan dia. Ada cerita pasal internet dan komputer. Hiburan. Politik. Macam-macamlah.

Aku suka ke tak eh? Err. Kalau tak jawab boleh tak. Takut nanti kalau jawab, terus kene reject. Disqualified. Bukan sebab nak kata tak suka. Tapi, sebab takut orang kata aku bodek. Tak ikhlas. Aku suka sangat-sangat baca blog pasal life seseorang. Lagi-lagi kalau seseorang tu ada persamaan dengan aku. Eh, kita ada persamaan ke Menteil.

Agak-agak entri ni berjaya tak menawan hati Menteil sehingga membolehkan aku menang hadian berupa Domain dan Hosting yang bernilai RM100.00. Pergh..! Gila ah. Siapa yang taknak tu, memang gila lah orang itu.

Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi yang ke berapa tah. Jap aku tengok kat blog dia.

Eh!? Takde pula dinyatakan. Tapi mamat ni lahir tahun 1986. Hm, kira lah sendiri.

p/s: Actually, beberapa kali bila aku nak menaip nama Menteil, aku akan tertaip Mentail. Kenapa erh..? Kau seorang lelaki yang ada ekor ke?



Mari Membaca Buku

Friday, October 17, 2008

Salah satu hobi aku adalah membaca. Bukan terhad kepada buku sahaja. Aku baca apa jua jenis bahan yang boleh dibaca. Aku lebih suka membaca bahan yang percuma. Kadang-kadang notis kedai di sita pun aku baca. Aku tak tau kenapa. Aku tak suka beli buku. Sebab aku takut aku kecewa sebab aku takut tak berbaloi aku membayar sesuatu untuk manfaat yang tak sama nilainya.

Ada juga sesetengah buku yang seronok kita baca. Tapi, tidak bagi sesetengah yang lain. Apa-apa pun, layan komik di bawah.



Blog Baru

Thursday, October 16, 2008

Ni adalah antara blog terawal aku. Aku daftarkan pada Februari 2005. Tapi, aku tak update sebab masa tu tengah exam. Jadi, tak sempat. Sekarang ni, aku rasa orang dah ada lebih dari satu blog. Jadi, aku rasa aku pun nak ada blog lagi satu. Blog yang boleh aku kongsi kat kau apa yang aku buat hari ni. Semalam dan bakal aku buat esok.

Teruskan melayari blog ni bila-bila masa yang kau suka. Sebab aku akan cuba untuk update setiap hari sama macam blog aku yang lagi satu. Untuk permulaan ni, beberapa fungsi dalam blog ni lambat untuk dikemaskini. Nanti kalau sempat, aku akan cantikkan fungsi-fungsi di blog ni. OK?

Hm, untuk entri yang pertama, aku nak cerita pasal game bowling semalam dan rumah terbuka yang aku pergi semalam.

Mula-mula adalah beraya ke rumah terbuka. Bos aku sebenarnya. Tapi, dia buat kat rumah kondo dia. Huh. Kecik. Tapi, aku makan dengan banyak sekali. Satay, bihun sup. Berapa kali tambah aku pun tak inga. Tu tak masuk kuih raya sekali.

Lepas tu, terus gerak pergi main bowling di Ole-Ole seksyen 18. Tempat tu baru. Memang best. Bola cantik lagi. Lane tu cantik lagi. Tapi, masalahnya lubang bola dia besar sangat. Jari aku tak dapat nak grip. Tapi, tetap memang beb. Walaupun tak dapat mata yang membanggakan.

Balik rumah je, terus BUM! Ngantuk seh. Pagi tadi pun macam mamai-mamai je nak bangun.

Nota Lutut: Sepanjang minggu ni, ada je aktiviti yang aku buat sepanjang malam. Isnin adik aku datang rumah minta tolong siapkan assignment dia. Selasa aku pergi beraya rumah manager aku. Rabu aku pergi tengok wayang cerita Eagle Eye. Khamis pula pergi beraya rumah bos aku dan main bowling. Esok, Jumaat aku ada parti Hu Ha Hu Ha [karaoke da]. Hujung minggu ni tak tahu pula nak buat apa. Hm..