Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Kini - Jadilah Yang Pertama

Sunday, November 30, 2008

Dengan lafaz penuh kesyukuran, dengan ini aku merasmikan blog peribadi terkini berasaskan domain dot com yang menggunakan platform Wordpress.


Marilah kita beramai-ramai ke sana. Dan rebut peluang untuk blog kau menjadi antara 6 blog yang bertuah menjadi pilihan aku di dalam "Blog Minggu Ini".

Apa lagi. Lekas ke sana. Jangan terlepas peluang yang sangat bermakna ini.

Memecah Masuk Blog Baru

Monday, November 24, 2008

Kebanyakan kenalan blogger telah dapat mengenalpasti bahawa aku akan beralih arah dan mengubah angin ke blog yang baru berdomainkan dot com.

Ada beberapa dari mereka yang aku telah berikan link ke blog tersebut. Ada juga yang cuba-cuba meneka alamat blog tersebut.

Percayalah. Nama blog tersebut adalah sangat mudah untuk diteka. Apa yang perlu kau buat adalah membuat sedikit kajian di blog ini dan blog KedaiMagik.

Bagi yang ingin bermain-main atau mencuba-cuba mencari blog terbaru aku tu, dipersilakan. Tiada halangan.

Dan, sebagai penghargaan, aku akan buat review khas dan memasukkan blog kau dalam ruangan "Blog Minggu Ini" selama seminggu. Huhuhu. Kira macam pengiklanan lah.

Mahu? Apa lagi. Cuba lah godeh-godeh dan cari domain name bagi blog terbaru aku tu.

Preview - Jadilah Yang Pertama

Friday, November 21, 2008

Kalau kau ada singgah ke blog KedaiMagik, tentu kau akan dapat faham apa yang aku cuba sampaikan.

Apa-apa pun, tunggu saja perasmian pada 1 Disember 2008.

Tapi, untuk mengurangkan [atau sebenarnya menambahkan] rasa cemas dan ingin tahu kau semua, aku paparkan screen shot di bawah.


Pandai-pandailah buat tekaan dan kalau lagi pandai, cubalah cari di mana ia berada.

Hari Tanpa Entri

Tuesday, November 18, 2008

Hari ni aku istiharkan kepada diri aku sebagai Hari Tanpa Entri.

Jumpa lagi esok.

[Eh! Ni kira entri juga kan?]

TAG Lagi. Dari Khai

Monday, November 10, 2008

Aku kena tag lagi. Kali ni dari Khai.

Pada aku TAG ini bukan sesuatu yang menyusahkan. Tapi, aku percaya TAg oleh menjadi suatu alat untuk menjalinkan ukhwah, mengenal rakan kita dengan lebih mendalam dan meningkatkan trafik. Hm, trafik lagi. Oklah, sebenarnya aku kena nak TAG ni dari Azizwan dulu. Tapi, dia tuju kat KedaiMagik. Sementara Khai tuju ke PakciQue.TK

Tanpa melengah masa, mari membaca TAG yang paling panjang pernah aku terima.

1. What is the relationship of you and him/her?
Tunang.
2. Your 5 impressions towards him/her.
Banyak mulut [Tapi, aku lagi banyak]
Kuat bebel [Tapi, aku lagi kuat]
Pandai memasak [Tapi, aku lagi pandai]
Pandai menyanyi [Tapi, aku pandai menyumbangkan suara]
Kuat merajuk [Tapi, aku pandai memujuk]
3. The most memorable things he/she had done for you.
Terlalu banyak perkara yang dia sanggup buat untuk aku yang aku anggap sebagai satu bentuk pengorbanan untuk mengekalkan dan mempertahankan hubungan kami. Tak terbalas apa saja yang dia sanggup lakukan untuk melihat aku tersenyum dan gembira setiap hari.
4. The most memorable things he/she have said to you?
Banyak sangat. Antaranya, "Bila nak beli rumah?", "Nak beli kereta boleh?". Senang cakap apa yang dia cakap buat aku pening kepala. Jahatnya aku ni.
5. If he/she become your lover, you will…
Sudah pun. Tapi, sehingga sekarang hati aku ini cuma ada satu dan cuma untuk dia.
6. If he/she become your enemy, you will…
Menjadi musuh? Sesuatu yang aku sangat-sangat nak elakkan. Namun, hubungan kekeluargaan takkan putus.
7. If he/she become your lover, he/she has to improve on…
Sudah pun. Dan sehingga sekarang dia masih lagi tak pandai nak buat kopi yang sedap macam bibik aku buat. Hehehe.
8. If he/she become your enemy, the reason is…
Aku akan letakkan kesalahan tu kat bahu aku. Kalau aku sayang dia, aku akan lakukan apa saja untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Tapi, kalau tak berjaya, maksudnya aku gagal mempertahankannya.
9. The most desirable thing to do on him/her is?
Aku ingat nak ajak dia gi main bungee jumping. Tapi, aku sendiri pun takut. Tapi, yang pasti aku akan tetap menggembirakannya dia walaupun aku selalu buat dia menangis.
10. The overall impression of him/her is…
Dia seorang yang sangat pandai bawa diri. Aku bawa pergi rumah sedara-sedara aku, dia tak kekok. Dan semua orang selesa dengan dia. Bila hari raya hari tu, aku tak bawa dia gi balik kampung sama-sama, semua orang bertanya. Keluarga aku pun sayang kan dia bukan setakat sayangkan menantu, tapi dah macam sayangkan anak sendiri. Akhirnya anak sendiri yang macam anak pungut. Hehehe.
11. How do you think the people around you will feel about you?
Aku tak tahu. Tapi, kebanyakan mereka memang selesa berkawan dengan aku. Cuma mungkin mereka pun ada rasa aku ni menjengkelkan dengan sifat kebudak-budakkan, lawak merapu dan mengarut serta mulut lazer. Zassst. Tapi, kalau orang tak kenal aku, akan cakap aku ni jenis sombong. Aku pun tak tau.
12. The character of you for yourself is?
Aku memang seorang yang happy go lucky. Sampai kadang-kadang aku tak fikir apa-apa pun pasal kehidupan. Aku tak boleh survive dalam kehidupan. Tapi, aku boleh survive kalau nak berlibur. Orang dan tunang aku sendiri pun masih pelik bila aku boleh layan wayang dan karaoke jamban sorang-sorang.
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Macam yang aku bagitahu, aku tak boleh survive dalam kehidupan. Aku pun tak tau. Aku juga tak pandai sorok perasaan. Maksudnya, kalau aku marah, tak perlu aku menjerit-jerit atau maki-maki. Orang boleh nampak dari air muka aku dengan jelas.
14. The most ideal person that you wanna be is?
Jawapan cliche. Aku nak jadi diri aku. Tapi, bila sebut wannabe, tentu saja aku ingin menjadi seperti Cyrill Takayama. Seorang ahli magik Jepun kelahiran Amerika yang sangat berjaya. Oh, bila kita boleh bertemu.
15. For the people who care about and like you, say something about them.
Pertama sekali kepada keluarga. Mereka semua adalah tulang belakang kepada kehidupan aku. Aku masih lagi bergantung harap pada mereka.
Kepada tunang tersayang. Hati ini hanya untukmu seorang.
Kawan-kawan, rakan-rakan dan para sahabat. Memberi harapan dan membakar semangat.
Pengunjung blog. Terima kasih banyak-banyak atas kunjungan kau semua. Jangan lupa komen ok.
16. Ten people to tag:
Mereka semua ni tidak aku kenali secara zahir. Aku kenal-kenal bila aku masuk blog mereka sempena Pertandingan Madagascar dulu. Sekarang ni, aku akan paksa mereka masuk blog aku sekali lagi dengan cara TAG. Mereka yang bertuah ialah.
01. Diana-K
02. Ilyanie
03. Zamimie
04. Zairi
05. Daela
06. Roshaizul
07. Wawa
08. Kojah
09. Ad3ck
10. Ayu
17. Who is no. 2 having a relationship with?
Entah. Tak tau la pula. Gi lah tanya sendiri. Tuan punya badan, sila jawab ye.
18. Is no. 3 a male or a female?
Female. Ada nama gelaran Mieoney. Apa tah maksudnya.
19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Mereka rakan blog. Jadi baik lah kan.
20. How about no. 5 and 8?
Mereka juga rakan blog. Sangat-sangat baik.
21. What is no. 1 studying about?
Final year, final sem Course : Engineering majoring in Mechatronics and minor in BBA Siblings. Hehehe.
22. Is no. 4 single?
Kena tanya tuan punya badan. Sila jawab wahai empunya badan.
23. Say something about no. 6
Seronok baca blog kau.

Baiklah. Kepada yang dah kena TAG, sila jawab ok. Jangan mengelat.

Pra-Pertunjukan Magik

Sebenarnya aku sedikit keliru, sama ada nak cerita di sini atau nak cerita di KedaiMagik. Ini cerita peribadi. Tapi ini cerita magik. Jadi, akhirnya aku ambil keputusan untuk buat dalam 2 siri. Satu di sini dan satu lagi di KedaiMagik.

Dekat sini lebih kepada perjalanan aku dari rumah nak ke tempat magik tersebut dan aktiviti aku selepas itu. Di KedaiMagik nanti, kau boleh dapat maklumat terperinci tentang magik apa yang aku buat.

Perjalanan dari rumah ke bangunan pejabat tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam dengan menaiki teksi, komuter dan lrt Putra. Inilah kenderaan-kenderaan rasmi aku.

Aku sesat dalam Suria KLCC mencari jalan ke Aquaria kerana bangunan tersebut betul-betul berada di depan pintu masuk Aquaria. Aku hanya mengikut arah tuju sepasukan budak-budak sekolah. Kerana aku yakin mereka hendak ke Aquaria.

Sampai je kat bangunan tu, aku perlu tinggalkan lesen aku untuk dapatkan pas akses. Pas akses tu lebih kurang macam kad 'touch n go' yang perlu kau sentuh bila kau nak melepasi palang lrt Putra. Dapat bayangkan tak?

Tingkat 29. Tinggi tu. Tapi, lif tak laju. Lambat betul nak sampai!

Sampai je kat dalam bangunan tu, aku dibawa masuk ke bilik mesyuarat. Sedikit briefing diberikan. Mereka tidak akan membayar untuk persembahan tersebut. Ya, itu aku telah tahui dan dimaklumkan lebih awal. Tapi, mereka akan memberikan aku peluang untuk mempromosikan perkhidmatan magik aku secara percuma.
  • Diberi warna kuning pada ruangan iklan aku di 88DB.com yang bermaksud iklan aku akan berada di bahagian paling atas.
  • Diberi 'feature' di bahagian frontpage web. Maksudnya iklan aku adalah iklan yang dicadangkan/disarankan.
  • Membuat pemasaran di pameran kerjaya nanti.
Mula-mula hanya 2 orang sahaja yang akan menonton persembahan aku. Terlalu sedikit berbanding dengan yang aku jangkakan. Kemudian, aku tanya jika ada siapa-siapa yang ingin menonton lagi. Lalu dia memanggil semua orang yang ada. Aku rasa ada hampir 20 orang yang datang menonton. Alamak. Terlebih sudah. Terus lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir berkumandang sebagai muzik latar. Huhuhu.

Aku boleh katakan persembahan aku pada hari Sabtu tempoh hari adalah persembahan yang terbaik. Aku mendapat tepukan yang gemuruh dan yang paling penting kerjasama dan sikap sporting para penonton tersebut.

Balik je dari pejabat tersebut, aku terus pergi TGV. Layan James Bond 'Quantum of Solace' lah apa lagi.

Lepas layan wayang, aku layan KFC kat KL Sentaral. Lalu mencuba HotRod. Hm, tak sedap mana pun. Tak terasa nak menari-nari pun.


Hari Yang Sedikit Penat

Friday, November 07, 2008

Hari ni ada morning briefing selepas lama dah tak buat. Lepas ni, buat seminggu sekali saja. Dan setiap minggu, akan ada yang bawa potluck. Tada makan mee goreng dan kuih muih. Untung aku tak ambil sarapan [eh, bukan aku memang tak pernah bersarapan ke?]


Hari ni takde cerita apa sangat. Esok aku akan ada satu temujanji dengan pihak 88DB. 88DB adalah sebuah portal pengiklanan percuma untuk kau pasarkan atau jual apa sahaja. Dan tujuan aku ke sana adalah untuk pra-pertunjukkan magik.

Sebenarnya mereka akan membuat satu pameran atau festival sekitar bulan Januari nanti. Dan mereka menjemput aku untuk mengadakan persembahan di sana nanti.

Sebab namanya pun pra-pertunjukkan. Jadi, aku hanya bercadang untuk membuat persembahan magik kad sahaja. Ada lebih kurang 7 trik yang akan aku persembahkan. Huhuhu. Sedikit gementar juga ni.

Apa-apa pun, tunggu nanti entri pada hari Isnin. Cuma aku sedang berfikiran sama ada nak catatkan di PakciQue.TK atau di KedaiMagik.

Kau rasa?

Akulah Superman

Monday, November 03, 2008

Keputusan:
Anda adalah Superman
























Superman
75%
The Flash
55%
Supergirl
55%
Green Lantern
55%
Robin
55%
Catwoman
40%
Iron Man
40%
Spider-Man
35%
Wonder Woman
30%
Batman
25%
Hulk
15%
You are mild-mannered, good,
strong and you love to help others.


Klik Sini Untuk Membuat Kuiz "Which Superhero am I?" ...


Aku ingat dulu ketika berusia sekitar 6/7 tahun, aku suka memakai spender di luar dan mengikat tuala dileher. [Ops! Main di dalam rumah saja eh.]

Tapi, aku rasa filem Iron Man lebih besh dari filem Superman. Kan?

Mari Berhujung Minggu

Hm, lama betul nak update entri yang terkini. Semuanya sebab tak tau nak letak tajuk apa. Boleh?

Hujung minggu aku yang sangat menarik. Dah lama tak rasa begini.

Hari Sabtu, lepas makan tengah hari. Aku berjalan-jalan di Giant. Takde apa-apa perancangan selain cucuk duit untuk bayar sewa rumah. Balik je kat rumah. Bum. Terus layan tidur.

Petang tu, hosmet aku ajak aku pergi ke rumah ayah angkat kami. Di Kuala Selangor. Ada kenduri katanya. Aku ingatkan kenduri doa selamat atau kenduri tahlil. Rupanya kenduri kahwin. Yeye je aku nak bawa baju melayu.

Jadi, bermulalah perjalanan 2 jam lebih yang memeningkan. Dengan perut lapar, kami tunggu di tepi jalan untuk dijemput oleh ayah.

Ha! Aktiviti wajib. Sampai je kat rumah pengantin, terus makan lah. Apa lagi. Dan kegemaran aku yang aku akan makan ikut mood. Sup Gearbox. Wah. Best. Sangat sedap. Kau pernah cuba? [Ops! Jangan salah faham pula. Ni masih pada malam sebelum majlis.

Sambil-sambil tu, kami dijamu dengan sebuah persembahan mengukir buah. Cantik. Pandai brader tu buat. Dia memang dah lama kerja kat hotel.

Lepas berborak-borak. Masa untuk tidur. Apa lagi. Bersepah lah kami tidur di kawasan dapur. Dan aku memang akan susah nak tidur dengan nyenyak kalau kat 'tempat baru'.

Esoknya, bermulalah aktiviti kendarat dan rewang. Oh. Aku fikirkan air kolah di kampung akan sejuk. Sekali sama je rasa macam air shower kat rumah aku. Kurang thrill.

Memang penat. Orang tak putus-putus. Lepas angkat air minum, kena salin air basuh tangan. Tak sempat nak duduk dah kena angkat pinggan-pinggan kotor. Kemudian dengar orang kat bahagian buffet minta ambilkan lauk dari dapur. Fuh. Memang nak tercabut kaki.

Cuaca memang cantik. Panas. Takde tanda-tanda nak hujan. Tapi, bila ada seorang pakcik ni [bukan aku] menyanyi lagu [ada dalam 6 lagu] terus hujan turun. Lebat! Memang sumbang mambang. Tak masuk tempo. Berselerak.

Petang tu dalam pukul 3. Kitorang siap-siap nak balik. Tapi, tak balik juga. Bermula aktiviti mencilok dengan kebenaran segala hasil hutan dan tanaman yang ada. Dari pisang, daun sup sampai ke kelapa. Penuh bonet kereta.

Tak cukup tu. Sebelum balik, kitorang ada singgah kat satu rumah ni. Hm, dah memang macam kampung sendiri. Lepak-lepak di laman. Sambil layan mangga masam dan air kelapa. Mangga tu kait sendiri wei. Sempat juga mencampakkan kail di parit untuk memancing. Tapi bukan aku. Aku bukan kaki pancing.

Dalam kereta. Aku tertidur kejap. Terjaga bila si pemandu nampak macam letih. Tapi tak pula dia minta tukar drive. Takpelah. Aku teman borak.

Sampai rumah. Terus mandi. Takut demam sebab main hujan. Panaskan lauk berkat. Makan ramai-ramai.

Dah kenyang. Terus lah tidur.

Nota lutut kanan: Cerita ni ada sisi gelap. Tapi tak perlulah cerita. Simpan sendiri je.
Nota lutut kiri: Ada gambar. Tapi aku upload kemudian. Ok.

Kerja. Kerja. Kerja

Wednesday, October 29, 2008

Aku baru je habis mesyuarat pekerja bersama pengarah. Macam-macam isu yang dibangkitkan. Dari soal kehadiran, hingga ke soal agihan kerja.

Ternyata. Komik di atas tidak sama gambarannya dengan keadaan kerja di pejabat aku. Bos-bos aku juga ternyata penat bekerja. Banyak perkara yang perlu difikirkan.

Tapi, sebenarnya. Yang duduk senang lenang adalah pekerja peringkat pertengahan. Mereka dengan mudah mengipas. Mengampu. Kan senang sangat kerja tu.

Aku pula. Sedang dalam rangka untuk berhenti kerja. Ya. Aku perlu berhenti kerja untuk mencari dan mendapatkan peluang hidup yang lebih cerah.

Tabiat Buruk Terbaru

Tuesday, October 28, 2008

Tiba-tiba aku perasan. Aku dah mula gemar gigit belakang pen. Apa kes?

Kau ada tabiat buruk? Apa? Meh lah kongsi.

Buruk Tapi Sedap

Aku ingatkan aku seorang je yang buat marathon rumah terbuka. Rupanya ada yang lebih sakan beraya ke rumah terbuka. Bukan setakat buat kat rumah. Kat stadium pun ada juga.

Ok. Apa yang aku nak cerita kali ni adalah mengenai kenalan Fara di pejabatnya. Nama dia Ema. Tapi aku panggil dia Kak Ema.

Dia ni duduk seorang je. Rumah bukan main besar. Rumah peninggalan. Peh. Dan macam Misteri Nusantara. Tapi, tengok cara orangnya. Macam tak kisah dan tak heran. Tak tau le kat dalam.

Ok, lupakan hal tu kejap. Ni nak cerita tentang makan di rumah Kak Ema.

Aku katogerikan Kak Ema ni sebagai seorang yang pandai masak. Hari tu, masa pergi rumah dia, dia masakkan mee goreng dan tempe goreng. Dua-dua sedap. Tapi, kalau kau tengok rupa dia. Hm, boleh hilang selera kau nak makan.

Kalau kau biasa tengok rupa mee goreng mamak. Kau bayangkan mee goreng yang lebih hodoh dari mee goreng mamak. Memang buruk. Aku sengaja kutuk lebih-lebih pasal Kak Ema ni jenis tak reti nak merajuk-rajuk atau simpan rasa. Tapi, kalau kau rasa. Peh! Sedap betul. Aku yang dah kenyang pun, makan sepinggan je. Hehehe. Tapi, banyak tau. Memang penuh perut aku.

Yang tempe goreng tu pun, memang sedap. Tapi, entah kat mana silapnya. Salah tepung agaknya. Rupa dah macam batu kerikil tepi jalan. Nak gigit pun fikir macam keras. Tapi, sedap lah pula.

Rancang lepas beraya kat rumah Kak Ema. Nak pergi tengok wayang. Tapi, wayang kitorang kat rumah Kak Emal lagi hebat dari cerita wayang. Apa lagi. Sesi mengumpat lah! Sedar-sedar dah pukul 10.30. Ada seorang kawan yang konon nak pergi rumah pakcik dia pun, tak sedar diri juga.

Apa-apa pun. Dah lama aku tak duduk borak-borak dengan kawan-kawan aku. Seronok sangat.

Maraton Rumah Terbuka

Thursday, October 23, 2008

Minggu lepas 2 buah.

Hari ni 2 buah.

Esok sebuah.

Pastu balik JB.

Lusa ada lagi sebuah.

Tu je nak bagitahu. Kekeringan idea sebenarnya.

Dan ni adalah hasil Wordle bagi PakciQue.blogspot.com



Blog kau pula camne?

Selamat Ulang Tahun Percintaan Ke-6

Wednesday, October 22, 2008

Sedar tak sedar. Dah 6 tahun hubungan kami ini. 22 Oktober 2008. Dan dalam 6 tahun ni, memang banyak cerita suka, duka, manis, masam yang kami tempuhi. Terlalu banyak kenangan yang perlu aku singkap kalau nak diceritaka satu persatu.

Permulaan cinta kami sangat kelakar. Hasil usikan dan kerja nakal kawan-kawan. Yang cari pasal aku lah. Pandai-pandai minta patung Minnie Mouse yang dijadikan hiasan di kek hari jadi dia. Kan dah jadi bahan gosip.

Aku dan dia. Kami tak punya persamaan. Aku jenis kool. Dia jenis cepat melenting. Aku suka tempat yang crowd. Dia rimas. Aku suka berlibur dan berhibur. Dia lebih suka ber'shoping. Aku kaki wayang. Dia kaki habiskan duit. Hehehe.

Oh. Sebenarnya ada persamaan. Wajah kami. Ramai yang kata muka kami seiras. Macam adik beradik. Sebab tu kot jodoh kuat. Tapi, dari dulu sampai sekarang. Aku tak tau tang mana yang sama tu.

Selepas dirisik, disunting dan diikat. Kini tinggal masa saja nak melangsungkan. Insya-Allah. Dengan berkat doa kawan-kawan dan keluarga. Perhubungan ini akan kekal hingga ke Syurga. Amin.

Dan sempena hari istimewa ni. Aku nak tujukan lagu istimewa dari Kumpulan COCO. Mengintai Langit.





Setiap hariku tulis
Yang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu

Adakah engkau merasa
Apa yang sedang ku rasa
Terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jika ku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Di dalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku

Bernyanyi dan bisikkanlah sayang
Bait kata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Dan tak dapatku lelapkan mata
Mengkhayalkanmu bermimpikanmu
Sepanjang malamku
Kalau perhatikan betul-betul. Tade kaitan pun bait-bait lirik ni dengan kisah aku sekarang. Lagu ni lebih kepada janji seorang lelaki kepada seorang wanita yang dicintai secara diam jika wanita itu membalas cintanya.

Untuk Entri khas yang ditulis oleh si dia. Bolehlah ke KedaiMagik.

Blog Baru

Thursday, October 16, 2008

Ni adalah antara blog terawal aku. Aku daftarkan pada Februari 2005. Tapi, aku tak update sebab masa tu tengah exam. Jadi, tak sempat. Sekarang ni, aku rasa orang dah ada lebih dari satu blog. Jadi, aku rasa aku pun nak ada blog lagi satu. Blog yang boleh aku kongsi kat kau apa yang aku buat hari ni. Semalam dan bakal aku buat esok.

Teruskan melayari blog ni bila-bila masa yang kau suka. Sebab aku akan cuba untuk update setiap hari sama macam blog aku yang lagi satu. Untuk permulaan ni, beberapa fungsi dalam blog ni lambat untuk dikemaskini. Nanti kalau sempat, aku akan cantikkan fungsi-fungsi di blog ni. OK?

Hm, untuk entri yang pertama, aku nak cerita pasal game bowling semalam dan rumah terbuka yang aku pergi semalam.

Mula-mula adalah beraya ke rumah terbuka. Bos aku sebenarnya. Tapi, dia buat kat rumah kondo dia. Huh. Kecik. Tapi, aku makan dengan banyak sekali. Satay, bihun sup. Berapa kali tambah aku pun tak inga. Tu tak masuk kuih raya sekali.

Lepas tu, terus gerak pergi main bowling di Ole-Ole seksyen 18. Tempat tu baru. Memang best. Bola cantik lagi. Lane tu cantik lagi. Tapi, masalahnya lubang bola dia besar sangat. Jari aku tak dapat nak grip. Tapi, tetap memang beb. Walaupun tak dapat mata yang membanggakan.

Balik rumah je, terus BUM! Ngantuk seh. Pagi tadi pun macam mamai-mamai je nak bangun.

Nota Lutut: Sepanjang minggu ni, ada je aktiviti yang aku buat sepanjang malam. Isnin adik aku datang rumah minta tolong siapkan assignment dia. Selasa aku pergi beraya rumah manager aku. Rabu aku pergi tengok wayang cerita Eagle Eye. Khamis pula pergi beraya rumah bos aku dan main bowling. Esok, Jumaat aku ada parti Hu Ha Hu Ha [karaoke da]. Hujung minggu ni tak tahu pula nak buat apa. Hm..