Pra-Pertunjukan Magik

Monday, November 10, 2008

Sebenarnya aku sedikit keliru, sama ada nak cerita di sini atau nak cerita di KedaiMagik. Ini cerita peribadi. Tapi ini cerita magik. Jadi, akhirnya aku ambil keputusan untuk buat dalam 2 siri. Satu di sini dan satu lagi di KedaiMagik.

Dekat sini lebih kepada perjalanan aku dari rumah nak ke tempat magik tersebut dan aktiviti aku selepas itu. Di KedaiMagik nanti, kau boleh dapat maklumat terperinci tentang magik apa yang aku buat.

Perjalanan dari rumah ke bangunan pejabat tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam dengan menaiki teksi, komuter dan lrt Putra. Inilah kenderaan-kenderaan rasmi aku.

Aku sesat dalam Suria KLCC mencari jalan ke Aquaria kerana bangunan tersebut betul-betul berada di depan pintu masuk Aquaria. Aku hanya mengikut arah tuju sepasukan budak-budak sekolah. Kerana aku yakin mereka hendak ke Aquaria.

Sampai je kat bangunan tu, aku perlu tinggalkan lesen aku untuk dapatkan pas akses. Pas akses tu lebih kurang macam kad 'touch n go' yang perlu kau sentuh bila kau nak melepasi palang lrt Putra. Dapat bayangkan tak?

Tingkat 29. Tinggi tu. Tapi, lif tak laju. Lambat betul nak sampai!

Sampai je kat dalam bangunan tu, aku dibawa masuk ke bilik mesyuarat. Sedikit briefing diberikan. Mereka tidak akan membayar untuk persembahan tersebut. Ya, itu aku telah tahui dan dimaklumkan lebih awal. Tapi, mereka akan memberikan aku peluang untuk mempromosikan perkhidmatan magik aku secara percuma.
  • Diberi warna kuning pada ruangan iklan aku di 88DB.com yang bermaksud iklan aku akan berada di bahagian paling atas.
  • Diberi 'feature' di bahagian frontpage web. Maksudnya iklan aku adalah iklan yang dicadangkan/disarankan.
  • Membuat pemasaran di pameran kerjaya nanti.
Mula-mula hanya 2 orang sahaja yang akan menonton persembahan aku. Terlalu sedikit berbanding dengan yang aku jangkakan. Kemudian, aku tanya jika ada siapa-siapa yang ingin menonton lagi. Lalu dia memanggil semua orang yang ada. Aku rasa ada hampir 20 orang yang datang menonton. Alamak. Terlebih sudah. Terus lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir berkumandang sebagai muzik latar. Huhuhu.

Aku boleh katakan persembahan aku pada hari Sabtu tempoh hari adalah persembahan yang terbaik. Aku mendapat tepukan yang gemuruh dan yang paling penting kerjasama dan sikap sporting para penonton tersebut.

Balik je dari pejabat tersebut, aku terus pergi TGV. Layan James Bond 'Quantum of Solace' lah apa lagi.

Lepas layan wayang, aku layan KFC kat KL Sentaral. Lalu mencuba HotRod. Hm, tak sedap mana pun. Tak terasa nak menari-nari pun.


1 dah komen:

Anonymous said...

fuuu..mesti best magik ko kan...tapi aku belum dapat gambar kan kategori magik ape yang ko sembah kan.hmm..aku akan baca post ko dari awal lepas ni..