Hari Berjalan Sakan

Sunday, November 16, 2008

Fuh! Aku sangat penat ok! Ni kira antara pengalaman mengarut aku. Tapi, takdelah mengarut sangat. Cuba banyak benda yang berlaku.

Ok, aku nak mula cerita dari rumah. Aku bangun awal sebab taknak terlambat sampai kat Cinelesuire tu. Jadi, pada perkiraan aku, 2 jam tu dah mencukupi. Dari Shah Alam aku naik teksi pergi Stesen Komuter Batu 3. [RM6.00]. Sampai je kat stesen tu Komuter telah pun melepaskan dirinya. Jadi, terpaksalah aku tunggu komuter yang berikutnye ke KL Sentral [RM2.10].

Komuter sampai dalam pukul 8.50 pagi. Bila sampai je kat KL Sentral sekitar pukul 9.20, aku terus beli tiket Putra LRT ke Kelana Jaya [RM2.10].

[Sepanjang perjalanan ni tiada apa yang menarik perhatian aku kerana dalam kepala otak aku nak sampai awal je.]

Sampai je kat Hub Rapid KL Kelana Jaya, aku terus cari bas U89. Tapi, takde. Jadi, menunggulah kejap. Jam kat tangan dah menunjukkan pukul 9.30. Rasa macam dah lambat je. Tiba-tiba...

[Suspen ke? Tak kot.]

Bas U89 melintas depan aku. Meninggalkan Hub Rapid KL. Rupanya bas tu menyorok. Aku pun tak perasan. Macam mana ni. Nanti kang kelambatan pula aku.

Jalan terakhir. Aku gagahkan juga naik teksi yang aku tau mesti maut punya aku kena ketuk [RM15.00].

Sampai je kat Cinelesuire tu, terus aku pusing-pusing cari panggung wayang. Huwa! Aku sesat. Hampeh tol!

Lepas 15 minit aku berpusing-pusing, jumpa juga aku dengan kaunter Youthsays untuk mengambil tiket menonton Quarantine.

[Baca Review Aku di KedaiMagik]

Semasa menoton, aku berkenalan dengan Bok. Dia ni kira macam Eksekutif Jualan kot di JobDB. Kalau kau seorang graduan menganggur dan ingin mencari kerja, JobDB adalah alternatif kepada Jobstreet.

Kami makan berdua di Waroeng Penyet [Warong Penyek]. Sebuah restoran makanan Indonesia. Tidak meghampakan dan aku suka dengan konsep restoran ni. Dan aku memilih Ayam Penyet dan Nasi bersama Limau Ais.

Usai makan, kami berpisah dan aku meneruskan aktiviti berpeleseran aku di sekitar The Curve dan Cinelesuire.

Bosan punya pasal campur takde apa yang menarik, aku pun blah lah. Kali ni, aku balik dengan Bas Shuttle Ikano [Percuma].

Dan mungkin kerana balasan menaiki bas Ikano secara percuma tanpa membeli apa-apa di Ikano, maka aku ditimpa musibah. Tapi, bukan direct kena kat aku lah. Sampai je aku di KL Sentral selepas menaiki Putra LRT dari Kelana Jaya [RM2.10], aku perhatikan ramai orang beratur di kaunter tiket Komuter. Aku ingatkan mesin beli tiket komuter rosak, jadi ramai yang membeli di kaunter. Rupa-rupanya Komuter ke semua arah tergendala operasinya. Aduhai.

Maka, bermulalah episod kelesuan. Aku dengan yakinnya pulang ke Shah Alam dengan Bas RapidKL. U80 boleh dinaiki dari KL Sentral atau Pasar Seni untuk ke Shah Alam [RM2.00]. Dan sila turun di depan PKNS ye. Aku boleh pula silap turun. Dah terpaksa tunggu bas yang lain [T601] untuk ke PKNS [RM1.00].

Dan inilah yang menghanginkan aku. Berjanggut aku tunggu. Bas yang diharapkan tak kunjung tiba. Lebih dari 1 jam aku menunggu. Bas T605 tu aku rasa memang ada sebiji je lah. Aduhai. Tolonglah RapidKL. Tambahkan lagi 1 atau 2 bas.

Akhirnya, bas yang ditunggu tiba juga. Bila dah naik [guna semula tiket RM1.00], aku tak terus duduk sebab aku tau mesti ramai yang nak naik nak nanti sesak. Jadi, aku siap-siap berdiri di tangga belakang. Nak keluar nanti senang.

Sampai je kat rumah, terus cas H/P aku. Oh! H/P aku mengalami masalah bateri yang agak serius walaupun ada 2 bateri tetap tak cukup untuk bertahan selama 1 hari. Dan bermulalah aktiviti memujuk. Hehehe. Merayap lagi. Kan dah ada yang merajuk.

Ok lah. Sedikit entri yang panjang. Jangan bosan membaca pula tau.

[Gambar aku upload esok. Tak sempat]

7 dah komen:

ceri masam said...

oooh, baca entry ni, penat terasa mengenangkan zaman menaiki bas, komuter, trains, teksi dan sebagainya...
haish..

tapi best kan?

kojah said...

wahhh!dpt rs sume public transport...hehe

Jianyu said...

pakci..ur blog layout not bad oh,
expecially the panda so cute~

mieoney said...

bkn stkt berjln sakan..itu namanya berpenat sakan..huhu

cpy/pst said...

kalu ikut aku arituh kan selamat~..

^^

Anonymous said...

So total up untuk tambang pengangkutan is RM 31.30.WOW!

PakciQue said...

-Reply-

One Love: Dulu pernah ke..? Dari mana ke mana? Memang seronok. Tapi, kalau dah hujung bulan, dah kurang sikit seronoknya.

Kojah: Hm, semuanya aku rasa. Cuma Star LRT & Monorail je tak naik..

Jianyu: Tengok lah tuannya.. As cute as the panda..

Mieoney: Agak penat juga. Tapi, keseronokkan jadi kurang bila ada yang merajuk.

Muhamad Nazeef: Hehe..len kali r bro kita hang out 2gather..

Kin: Tet tet...Salah! Sila cuba lagi..